Makerspace Kick Start 2022

.

Kota Kinabalu Sabah, 14 November 2022 - Makerspace Kick Start 2022

Sabah Creative Economy & Innovation Centre (SCENIC) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) telah menganjurkan program Makerspace Kick Start pada 12 - 13 November 2022 yang lalu.

Makerspace kickstart merupakan sebuah program yang memfokuskan kepentingan mengembangkan ekosistem makerspace yang menerapkan nilai Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan Sekolah Menengah di Sabah khususnya.

Makerspace merupakan satu tempat di mana makers and thinkers mempunyai ruang untuk bersama sama menghasilkan inovasi, bermain dengan alat alat teknologi dan menggalakkan minat terhadap STEM.ini dapat membantu mewujudkan ekosistem makerspace yang menerapkan nilai Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (S.T.E.M.) di sekolah khususnya.

SCENIC mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Makerspace Kick Start ini. Tanpa anda, hari yang sangat bermakna ini tidak akan berjalan dengan lancar.

SCENIC sukacita ingin memaklumkan bahawa pada tanggal 13 November 2022 merupakan Hari Makerspace Sabah yang akan dianjurkan setiap tahun bermula pada tahun ini.

Terim kasih dan semoga berjumpa lagi!