Perutusan daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

Assalamualaikum Wbt. Salam Sejahtera.

Selamat datang ke laman web Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.
 
Masyarakat dunia pada hari ini merupakan masyarakat pengguna sistem komputer on-line yang bijak. Namun walau apa pun impaknya, kesemua perkembangan yang berkaitan dengan ICT ini menunjukkan bahawa masyarakat dunia pada hari ini telah mula membudayakan laman maya sebagai pusat rujukan yang mudah, cepat dan berinformasi. Di mana-mana saja kita berada, kita tidak akan kurang informasi, asal sahaja laman maya yang kita layari itu lengkap dan berintegriti. Tambahan pula alat komunikasi selain komputer, seperti telefon mudah alih sudah pun mampu menjadi alat untuk melayari laman maya.

Maka dalam hubungan inilah, peripentingnya kementerian ini memastikan agar laman web ini memenuhi citarasa pengguna. Ketepatan dan kesahihan maklumat perlu dipelihara. Disamping itu kita perlu laman web yang tidak rigid dan kurang birokrasinya dalam mendapatkan maklumat yang diingini. Dengan kata lain, kita mahu agar maklumat yang diperlukan menerusi hujung jari ini, dicapai sepantas yang boleh.

Visi untuk Menjadi pemangkin dan peneraju pembangunan modal insan dan teknologi maklumat. menjadi platform kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk mempertingkatkan aspirasi pembangunan modal insan, pendidikan dan inovasi setanding dengan negara maju.

Kerajaan begitu komited dalam menjayakan pewujudan kerajaan elektronik sepenuhnya. Dimana segenap aspek pengurusan pentadbiran khususnya di kesemua jabatan- jabatan kerajaan, badan-badan berkanun dan agensi- agensinya dilakukan menerusi sistem on-line. Oleh yang demikian sudah tiba masanya, kesedaran ICT ini perlu diberi penekanan yang serius oleh semua kakitangan. Semua peringkat kakitangan perlu mengambil inisiatif untuk menjadi mesra pengguna bagi menjayakan misi tersebut, yakni mempastikan kelancaran pelaksanaan system kerajaan elektronik. Secara langsung ini akan menyumbang kepada usaha mewujudkan sumber manusia yang berdaya saing dan efisien.

Kementerian ini, selaku salah satu daripada Kementerian yang penting, akan terus memastikan bahawa ia terus menjadi antara pendukung utama kepada setiap usaha dan perancangan yang dilakukan oleh kerajaan, khususnya dalam aspek pembangunan pendidikan.

Terima kasih kerana melawat Laman Web Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Maklum balas ke arah penambahbaikan daripada aspek pengisian dan penyampaian laman web ini amat dialu-alukan. 

 

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah