Utusan Borneo Sabah Online, 8 Ogos 2022 - 1,500 peluang pekerjaan disediakan di Tawau

TAWAU: Sebanyak 1,500 peluang pekerjaan ditawarkan sempena Karnival Kerjaya Perdana peringkat daerah Tawau di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, di sini pagi tadi.

Penganjuran karnival ini melibatkan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Majlis Perbandaran Tawau (MPT).

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan berkata sebanyak 23 majikan pelbagai sektor swasta daripada Sabah, Sarawak, Labuan dan Semenanjung telah menyertai karnival kali ini.

Katanya, karnival ini adalah satu platform yang dapat menghubungkan belia atau pencari kerja dengan syarikat-syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan.

“Usaha JPSM dan PERKESO dalam menganjurkan program sebegini akan membuka lebih banyak peluang serta dapat membantu belia atau pencari kerja di daerah ini.

artikel penuh : https://www.utusanborneo.com.my/2022/08/07/1500-peluang-pekerjaan-disediakan-di-tawau?fbclid=IwAR3j6Z9jVIX8t2oZfkPJipszgXqueevt9mDDc_5msTOVm_TTfGqWFVWj5BU