Utusan Borneo Online : Sabah, CyberSecurity Malaysia jalin MOU tangani ancaman siber

TAWAU: Kerajaan Sabah akan mengadakan memorandum persefahaman (MOU) dengan CyberSecurity Malaysia dalam usaha menangani ancaman serangan siber ke atas laman web dan aplikasi kerajaan negeri.

Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI), Zainudin Aman berkata MOU itu akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.

Katanya, ketika ini Sabah masih berhadapan ancaman serangan siber dan diharapkan melalui MOU itu kelak dapat melatih pakar yang mahir dalam siber forensik dan sekuriti untuk menangani isu berkenaan.

artikel penuh :https://www.utusanborneo.com.my/2022/08/17/sabah-cybersecurity-malaysia-jalin-mou-tangani-ancaman-siber