Utusan Borneo Online : Kerjasama erat MOSTI dan KSTI diperkukuhkan

KOTA KINABALU: Kerjasama erat antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) diperkukuhkan lagi dengan pertemuan dua mata antara Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Datuk Arthur Joseph Kurup bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Arifin Arif.

Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah sebagai platform bagi memperkenalkan fungsi dan peranan MOSTI kepada KSTI disamping membincangkan jalinan kerjasama serta kolaborasi dalam penganjuran program-program bagi tahun 2023.

Dalam pertemuan itu, Arthur turut menyampaikan hasrat agar dasar Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) di peringkat persekutuan dapat diterjemahkan dengan baik ke peringkat negeri khususnya di akar umbi dengan sokongan dan kerjasama erat antara kedua-dua Kementerian.

"Pada tahun lalu, MOSTI telah berjaya melaksanakan beberapa program yang memberi impak kepada masyarakat di negeri Sabah antaranya Techlympics yang dapat meningkatkan inovasi dalam kalangan belia dan beliawanis di negeri ini.

artikel penuh : https://www.utusanborneo.com.my/2023/02/01/kerjasama-erat-mosti-dan-kst…