MalaysianDailyNews.com : 100 pelajar sertai National Science Challenge 2022 Peringkat Negeri Sabah

KOTA KINABALU: Seramai 100 pelajar berumur 13-17 tahun menyertai program bersempena National Science Challenge (NSC) 2022 peringkat negeri Sabah baru-baru ini.

 

Program anjuran Akademi Sains Negara (ASM) dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah serta Universiti Malaysia Sabah (UMS) berlangsung secara fizikal bertempat di U-Science, Perpustakaan UMS pada 16 dan 17 Julai 2022.

 

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) UMS, Ts. Dr. Aslina Baharum, 5 pasukan daripada 4 buah sekolah telah terpilih untuk meneruskan cabaran di peringkat negeri.

 

“Para pelajar diadili oleh 3 panel juri melalui persembahan video dan pembentangan slaid yang bertemakan ‘Kelestarian Kesihatan Planet untuk Generasi Masa Hadapan’.

 

“NSC mempunyai 4 peringkat; peringkat awal, peringkat negeri, peringkat separuh akhir dan peringkat akhir.

 

artikel penuh : https://malaysiandailynews.com/100-pelajar-sertai-national-science-challenge-2022-peringkat-negeri-sabah/