Borneo Echo: KSTI lancar pusat Digital IoT Sandbox yang pertama di Sabah sebagai platform untuk pereka dan usahawan digital

KOTA KINABALU, DIS 12, 2022: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) hari ini merasmikan pejabat pusat Digital IoT Sandbox yang terletak di Wisma Bandaraya, di sini.

Menterinya, Datuk Yakub Khan berkata pusat tersebut akan menjadi satu platform untuk inovator dan para usahawan digital mencipta produk mereka dan menguji kebolehlaksanaan teknologi dalam persekitaran sebenar yang selamat.

Selain itu, katanya mereka juga akan mendapat akses kepada bantuan dari segi guaman, kewangan, capaian pasaran dan sebagainya.

“Inisiatif sandbox kita ini mendapat perhatian pelajar PhD dan Pensyarah di University of Strathclyde, Glasgow, Scotland di mana mereka berpendapat bahawa ini adalah contoh ‘inovasi terbuka’ yang patut dicontohi.

“Ini merupakan permulaan yang baik untuk kita. Inisiatif ini telah mendapat perhatian bukan saja di Sabah, tetapi di luar negara.

artikel penuh : https://borneoecho.com/2022/12/12/ksti-lancar-pusat-digital-iot-sandbox…