Bernama - Pusingan Peringkat Negeri National Science Challenge 2022 Kini Bermula

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Pusingan Peringkat Negeri bagi National Science Challenge (NSC) 2022 kini bermula dengan 80 pasukan daripada 3895 pasukan berdaftar seluruh negara akan bersaing bagi mendapatkan 20 tempat

terbaik

untuk ke peringkat separuh akhir pada 27 Ogos 2022. Seterusnya 5 pasukan

terbaik

akan mara ke peringkat akhir dijadual berlangsung pada penghujung tahun 2022.

Memulakan pusingan Peringkat Negeri, Akademi Sains Malaysia (ASM) dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah akan menganjurkan pusingan berkenaan secara fizikal di Universiti Malaysia Sabah bermula 16 dan 17 Julai 2022. Kerjasama ini adalah pertama kali diadakan bersama KSTI dalam memberikan pengalaman secara berhadapan bersama peserta di negeri berkenaan setelah dua tahun NSC diadakan secara dalam talian.

artikel penuh : http://prn.bernama.com/melaka/news-bm.php?c=&id=2100489