YB Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif, (JP), Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merasmikan Program STEM Fiesta Peringkat Negeri Sabah 2023.

16 MEI 2023 - YB Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif, (JP), Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merasmikan Program STEM Fiesta Peringkat Negeri Sabah 2023.

Program STEM FIESTA merupakan program anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS). Program ini bermula pada tahun 2021 dan hanya melibatkan dua (2) Pejabat Pendidikan Daerah, kemudian lima (5) Pejabat Pendidikan Daerah pada tahun 2022. Program ini mendapat sambutan baik daripada pelajar dan guru, maka pada tahun ini, Kementerian memberikan kepercayaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk menyelaraskan STEM FIESTA di 24 buah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh Sabah.

Ini merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian dengan kerjasama pelbagai agensi bagi menarik minat pelajar dalam bidang STEM.