Majlis makan malam dan perjumpaan dengan pihak Mranti iaitu agensi MOSTI berkenaan penubuhan Sandbox pertama di Borneo.

KOTA KINABALU 17 Disember 2021 – Diharap dengan penubuhan Sandbox yang diterajui oleh KSTI dengan kerjasama utama MRANTI, SCENIC, SabahNet dan pemegang taruh yang lain akan menjadi platform di kalangan inovator untuk menghasilkan solusi kepada permasalahan di Sabah juga produk dalam pelbagai bidang yang seterusnya akan menjadi pemacu kepada pertumbuhan ekonomi negeri Sabah dalam apa pun industri. Inisiatif ini akan menjadi 'game changer' untuk menggalakkan lagi sektor sains, teknologi dan inovasi di Sabah.