Lawatan Kerja YBhg. Datuk Zainudin Bin Aman,Setiausaha Tetap Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi ke Observatory Negara Langkawi bersama Malaysian Space Agency (MYSA)

Lawatan Kerja YBhg. Datuk Zainudin Bin Aman,Setiausaha Tetap Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi ke Observatory Negara Langkawi bersama Malaysian Space Agency (MYSA) pada 26 Mei 2023.

Lawatan ini diadakan pada sebelah malam bertujuan untuk membuat cerapan Bulan, Bintang, Planet dan Galaksi dengan menggunakan tiga(3) jenis teleskop iaitu Stella, Stella 2.0 dan Solar.


Turut hadir adalah Puan Nik Mazlina Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi) dan juga pengurusan tertinggi  MYSA yang lain.