Galeri Foto
Kunjungan hormat kepada YB Tuan Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital.
16 Feb 2023: Kunjungan hormat kepada YB Tuan Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital. Banyak isu kesalinghubungan komunikasi dan internet di Sabah disuarakan kepada beliau dan Insya Allah perkara ini akan diambil tindakan. YB Menteri KKD juga akan turun padang bersama agensi di bawah naungan beliau untuk meninjau dan mengenalpasti masalah dan cabaran yang telah dibincang bersama dalam masa terdekat.