Galeri Foto
MESYUARAT MAJLIS PEMBANGUNAN TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH BIL.01 TAHUN 2022
Kota Kinabalu Sabah , 14 Julai 2022 - MESYUARAT MAJLIS PEMBANGUNAN TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH BIL.01 TAHUN 2022
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera
Pada 14 Julai 2022, telah berlangsung Mesyuarat Majlis Pembangunan Teknologi dan Inovasi Sabah (MaPTIS) Bil.01 bagi tahun 2022 bertempat di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Wisma Bandaraya Kota Kinabalu yang turut dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj.Yakub Khan, Menteri, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.
Tujuan Mesyuarat kali ini adalah untuk mengangkat lapan (8) kertas pertimbangan dan tiga (3) pemakluman dari Jawatankuasa Teknikal MaPTIS yang terdiri daripada (1) Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan dan Inovasi, (2) Jawatankuasa Teknikal Aplikasi Teknologi (pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan) dan (3) Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Modal Insan berasaskan Sains, Teknologi dan Inovasi diperingkat pengerusi sebelum dibentangkan diperingkat Mesyuarat bersama Penaung.
Harapan pengerusi mesyuarat agar peranan Majlis Pembangunan Teknologi dan Inovasi Sabah (MaPTIS) dapat terus diperkasakan untuk mendukung pelan Sabah Maju Jaya melalui pembinaan dasar dan pembangunan strategi bagi mempertingkatkan keupayaan Sains, Teknologi , Inovasi dan Ekonomi (STIE) dalam menjana kemakmuran, kesejahteraan rakyat, pembangunan sosioekonomi dan kelestarian daya saing negeri Sabah.