Pelancaran Program Rintis Sandbox Digital IoT

Sandbox Digital IoT

Sandbox Digital IoT yang merupakan sandbox nasional ke-8 NTIS dan yang pertama di Borneo bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan ekosistem Internet of Things (IoT) di negeri Sabah. Sandbox ini juga akan menggalakkan pembabitan belia untuk menguji teknologi baharu yang dapat memacu ekonomi negeri, menggalakkan pembudayaan STI serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.