Astro AWANI: Bangunan Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) kini secara rasmi dibuka

Bangunan Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) kini secara rasmi dibuka kepada pemain teknologi dan ekonomi tempatan bagi merancakkan pembangunan ekonomi akar umbi dan keusahawanan di negeri itu.

Kerajaan negeri memperuntukkan RM500,000 setiap tahun kepada SCENIC bagi memastikan badan itu mampu mencapai sasaran mewujudkan 50 syarikat pemula teknologi bertaraf antarabangsa di Sabah pada tahun ini.

#AWANInews