Majlis Pelancaran Pelan Strategik KSTI 2022-2025

"

Kota Kinabalu 25 April 2022 - Majlis Pelancaran Pelan Strategik Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) 2022-2025 telah disempurnakan pelancarannya oleh Yang Berhormat Datuk Haji Yakub Khan, Menteri KSTI. Antara program yang diadakan adalah Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara:

1. Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (SCENIC) dan Malaysia Technologi Development Corporation (MTDC);

2. Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan Institut Pengajian Islam & Dakwah Sabah (IPDAS); dan

3. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah dan Akademi Sains Malaysia (ASM).

Majlis diakhiri dengan acara berbuka puasa dan penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim dan anak-anak tahfiz yang turut hadir malam itu.