Kunjungan Hormat kepada YB Menteri KPLB

"

KOTA KINABALU  20 Oktober 2021 - Cadangan pewujudan sebuah universiti teknikal turut dipersetujui oleh YB Menteri KPLB. Ini merupakan berita gembira kepada anak-anak Sabah yang mempunyai sijil TVET untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di negeri sendiri. Antara bidang TVET yang akan diberi keutamaan adalah Oil & Gas, Marine dan Green Technology.  Menteri KPLB turut bersetuju di atas cadangan KSTI dalam memastikan kesejahteraan penduduk luar bandar agar dapat menikmati kemudahan internet. Cadangan lokasi pemasangan VSAT luar bandar telah disampaikan untuk pertimbangan dan kelulusan.