sabahmedia - DUN Sabah : Pelaksanaan rangkaian 5G di Sabah dijalankan secara berfasa

KOTA KINABALU : Projek pelaksanaan rangkaian 5G di negeri ini sedang dijalankan oleh Digital Nasional Berhad (DNB) secara berfasa.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, pelaksanaan itu bermula di kawasan-kawasan yang mempunyai tarikan aktiviti ekonomi tinggi.

Katanya, ini adalah kerana teknologi 5G akan memberi impak kepada sektor perusahaan dan industri.

“Bagi kawasan Karamunting, sebanyak empat tapak 5G telah dirancang di bawah fasa dua.

“Antara lokasinya adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Karamunting, Jalan Pelabuhan Baru, Lorong Bandar Nam Tung dan Lorong Leila 3.

“Kesemua tapak ini masih dalam pelaksanaan dan dijangka beroperasi pada penghujung tahun 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Hiew Vun Zin (WARISAN- Karamunsing) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

artikel penuh : https://sabahmedia.com/2022/11/28/dun-sabah-pelaksanaan-rangkaian-5g-di…