sabahmedia - DUN Sabah : KSTI terus laksana program naik taraf fasiliti bagi wujudkan suasana pembelajaran STI

KOTA KINABALU : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah akan meneruskan program menaik taraf makmal sains sekolah menengah; pembinaan sudut sains dan program pembinaan pusat inovasi.

Menterinya Datuk Yakub Khan berkata, ia adalah bagi mewujudkan suasana pembelajaran Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) yang lebih kondusif.

Katanya, kementeriannya telah menaik taraf 16 buah makmal sains dan membina 16 sudut sains di sekolah-sekolah.

“Bagi memastikan kadar penglibatan pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dapat dipertingkatkan, Kementerian akan meneruskan pelbagai program pembudayaan STI.

“Pada tahun 2023, Kementerian akan mengadakan Jelajah SMJ KSTI ke enam daerah terpilih. Semua Jabatan dan agensi akan memberikan perkhidmatan terus kepada masyarakat mengikut fungsi dan peranan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

artikel penuh : https://sabahmedia.com/2022/11/29/dun-sabah-ksti-terus-laksana-program-…