SabahMedia : DUN Sabah : Kerajaan laksana pelbagai pendekatan kurangkan masalah pengangguran

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah menerusi jabatan dan agensi terlibat telah melaksanakan pelbagai pendekatan bagi mengurangkan masalah pengangguran di kalangan lepasan sekolah yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, antara pendekatan yang dilaksanakan adalah dengan melaksanakan Sabah Talent Entrepreneurship Programme (STEP) di bawah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM).  

Katanya, sebanyak tiga program STEP yang disertai oleh 60 orang lepasan sekolah dan belia Sabah telah dilaksanakan.

“Program ini bertujuan melahirkan usahawan belia yang dapat mencipta lebih banyak peluang pekerjaan yang baharu. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan kebergantungan belia terhadap pekerjaan sektor kerajaan dan swasta.

“Melalui program Pitchborneo (Program mencungkil usahawan berasaskan teknologi), pihak KSTI telah berjaya melahirkan seramai 1300 orang usahawan sehingga kini. 112 orang daripada usahawan tersebut turut menerima sumbangan untuk mengembangkan idea dan produk mereka (RM20,000 setiap syarikat),” katanya.

artikel penuh : https://sabahmedia.com/2022/11/29/dun-sabah-kerajaan-laksana-pelbagai-p…