Sabah Media - DUN Sabah : KSTI komited pastikan usaha pembudayaan STIE di Sabah dipertingkatkan

Kota Kinabalu : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) komited memastikan usaha-usaha pembudayaan dan pemerkasaan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) di Sabah akan terus dipertingkatkan.

Menterinya Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, kementeriannya giat melaksanakan pelbagai inisiatif untuk merangsang minat masyarakat terhadap bidang STIE.

Katanya, ia termasuklah pembinaan Pusat Sains, Teknologi dan Inovasi di Perpustakaan Keningau dengan kos sebanyak RM3 juta selain dijangka siap pada penghujung 2023.

“Pusat ini dilengkapi dengan pengisian teknologi terkini berkonsepkan asas Sains iaitu Matematik, Fizik, Biologi dan Kimia dengan diorama persekitaran yang menyeronokkan dan berinformasi.

“Selain itu, kementerian juga turut merancang melaksanakan satu projek berimpak tinggi iaitu pembinaan Pusat Sains Sabah di Kota Kinabalu. KSTI dalam proses mengenalpasti tapak yang sesuai bagi pembinaan Pusat Sains Sabah tersebut,” katanya.

article penuh: https://sabahmedia.com/2023/05/24/dun-sabah-ksti-komited-pastikan-usaha…