SabahMedia - JENDELA : Sabah harap 60 peratus menara telekomunikasi siap dipasang hujung tahun ini

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah berharap pemasangan 398 menara telekomunikasi baharu di negeri ini menerusi pelaksanaan projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) akan dapat mencapai 60 peratus pada hujung tahun ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, projek itu perlu disegerakan memandangkan hanya 54 menara sahaja baru disiapkan setakat ini.

“Kita berharap penghujung tahun ini, kita mencapai 60 peratus dan ini agak lambat dan kita bersyukur Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa memberi fokus utama kepada perkara ini dan memastikan bekerjasama dengan kita.
Artikal Penuh : https://sabahmedia.com/2024/05/10/jendela-sabah-harap-60-peratus-menara-telekomunikasi-siap-dipasang-hujung-tahun-ini/